TERIMA KASIH KEPADA YANG HADIR Majlis Mesyuarat Agung FSKTM ALUMNI
Untitled Document

Selamat Datang Warga Alumni!

MAKLUMAN

Persatuan Alumni UPM (Faculty Chapter) adalah persatuan yang baru ditubuhkan di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) di bawah naungan Persatuan Induk Alumni UPM. Persatuan ini menjadi wadah kepada lepasan pelajar-pelajar Sains Komputer yang mula bergraduat sejak daripada generasi pertama sehingga hari ini untuk bertukar-tukar pandangan dan pengalaman dan seterusnya membantu fakulti bagi memacu dan memperbaiki mutu program akademik di fakulti.

Gambar Konvo Penglibatan pelajar-pelajar lepasan Alumni ini juga akan membolehkan fakulti menjejaki mereka dan mendapat maklum balas serta mengetahui tahap pencapaian kejayaan mereka di persada pasaran tempatan dan antarabangsa.

Dengan itu, program seumpama ini amat penting bagi menjalinkan hubungan antara lepasan pelajar dan hubungan kerjasama pelajar dengan fakulti supaya akhirnya bantuan dan komen mereka dapat mempertingkatkan program Sains Komputer di UPM lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.